DIGITAL CIRCLE KOMUNITI

23 November 2020 | Berita Semasa

Program Digital Circle Komuniti merupakan Program Terakhir untuk tahun 2020 secara ‘Live’ yang diadakan di Pusat Internet Felda Gunung Bongsu. Program ini berlangsung adalah dilakukan semasa pkpb yang telah diistiharkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang pendamik Covid-19.Tujuan program ini adalah untuk Merealisasikan impian dan harapan negara untuk melestarikan dunia digital kepada penduduk yang selari dengan teknologi terkini. Program ini berlangsung dari 16 November 2020 sehingga 21 November 2020.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah, pertandingan online Quizizz , mewarna kanak – kanak dan terbuka online, silang kata online, jigsaw puzzle, Tik tok produk review, Pertandingan E-card, I.R 4.0,STEM,IOT,Digitalstorytelling,Photocilik,KomikPeribahasa,Hafazan Terbuka,Skribill.io. selain itu, terdapat juga aktiviti kelas atas talian yang dijalankan adalah kelas usahawan, kelas tiktok produk usahawan dan sesi live KDB bersama warganet.

Alhamdulillah program yang dijalankan berlangsung seperti yang dirancangkan. Program ini juga mendapat sambutan tontonan secara langsung sebanyak 16.496 penonton atas talian. Program yang dijalankan turut mendapat sambungan dan maklum balas positif dari pihak warganet dan akan diteruskan pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik.