“Kempen e-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS”

15 August 2020 | Berita Semasa

Inilah masanya! Lebarkan sayap perniagaan anda, sertai e-Dagang!  Peluang terbuka kepada semua individu, perusahaan kecil, sederhana dan mikro di Malaysia untuk menyertai skim bantuan khas kerajaan melalui “Kempen  e-Dagang  kepada Perusahaan Mikro dan PKS”.

Terdapat pelbagai insentif dari rangkaian platform e-dagang yang terlibat untuk anda semua, tidak kira sama ada anda peniaga individu mahupun peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, anda layak menyertai “Kempen  e-Dagang  kepada Perusahaan Mikro dan PKS”. 

Ketahui lebih lanjut lagi berkenaan peluang yang tersedia untuk anda semua, jangan tunggu lagi, layari https://www.go-ecommerce.my/penjana/msme-ecommerce sekarang dan daftar pakej pilihan anda selewat-lewatnya sebelum 30 September 2020!

Menarik bukan, jom kongsi peluang keemasan ini kepada rakan-rakan peniaga lain, untuk kita sama-sama maju kehadapan serta meningkatkan ekonomi negara.