PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI KEMASUKAN 2022

08 March 2021 | Berita Semasa

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

*Memerlukan kesabaran yang jitu ekoran kemasukan traffic yang amat tinggi disebabkan 01 Mac adalah hari pertama permohonan mula dibuka.*Boleh cuba isi pada waktu awal pagi @ lewat petang (kemasukan kurang)*Selamat mencuba demi anak bangsa berjaya!

Langkah-langkah untuk membuat permohonan :

1)Layari laman web https://public.moe.gov.my/

2)Tekan butang Pengguna Baru

3)Sila Daftar Pengguna dan tekan Daftar

4)Isikan maklumat yang diperlukan (seperti dalam rajah di bawah)

5)Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1

6)Setelah itu, pilih Permohonan Baharu

7)Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan.Sila isikan:-Maklumat murid-Maklumat kesihatan-Maklumat penjaga

8)Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya.

9)Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.

10)Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.

11)Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan.

12)Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.

13)Status permohonan murid akan dipaparkan.

14)Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.