Program Cybernate Slate PIKFGB 2021

21 March 2021 | Berita Semasa

Program Cybernate Slate merupakan Program Pembukaan untuk tahun 2021 secara ‘Live’ yang diadakan di Pusat Internet Felda Gunung Bongsu. Program ini berlangsung secara atas talian sejajar dengan apa yang telah diistiharkan oleh kerajaan Malaysia demi mengekang pendamik Covid-19.Tujuan program ini adalah untuk Merealisasikan impian dan harapan negara untuk melestarikan dunia digital kepada penduduk setempat agar dapat seiring dengan teknologi terkini. Program ini berlangsung dari 15 March 2021 sehingga 20 March 2021.

      Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah, pertandingan online Quizizz , mewarna kanak – kanak dan terbuka online, silang kata online, jigsaw puzzle, Tik tok produk before&after, Pertandingan video klikdenganbijak,I.R4.0,STEM,IOT,Photocreative,KomikCovid-19,Hafazan Terbuka,Skribill.io. selain itu, terdapat juga aktiviti kelas atas talian yang dijalankan adalah kelas usahawan, kelas tiktok produk usahawan dan sesi live KDB bersama warganet.

      Alhamdulillah program yang dijalankan berlangsung seperti yang dirancangkan. Program ini juga mendapat sambutan tontonan secara langsung sebanyak 551 penyertaan atas talian. Program yang dijalankan turut mendapat sambungan dan maklum balas positif dari pihak warganet dan akan diteruskan pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik.