Program Digital Learnedness

27 September 2021 | Berita Semasa

PIK Felda Gunung Bongsu

Program Digital Learnedness merupakan Program yang dijalankan secara tertutup dengan mengunakan medium platform zoom meeting. Program ini berlangsung secara atas talian sejajar dengan apa yang telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia demi mengekang pendamik Covid-19. Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan impian dan harapan negara untuk melestarikan dunia digital kepada penduduk setempat agar dapat seiring dengan teknologi terkini. Program ini berlangsung dari 15 September 2021 sehingga 26 September 2021.

      Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah kelas photoshop, kelas Microsoft intermediate, kursus pendek seperti canva,Microsoft powerpoint, adobe photoshop, powtoon untuk pelajar setempat , dan juga karnival usahawan yang dijalankan untuk peniaga kecil setempat.

      Alhamdulillah program yang dijalankan berlangsung seperti yang dirancangkan. Program ini juga mendapat sambutan yang mengalakkan dari pelajar serta usahawan setempat. Program yang dijalankan turut mendapat sambungan dan maklum balas positif dari penduduk setempat yang menyertai dan akan diteruskan pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik.