Program Online Cybernate Slate Ramadan Raya

12 June 2021 | Berita Semasa

Program Cybernate Slate Ramadan Raya merupakan Program Ke-dua  untuk tahun 2021 secara ‘Live’ yang diadakan di Facebook Page Pusat Internet Felda Gunung Bongsu. Program ini berlangsung secara atas talian sejajar dengan apa yang telah diistiharkan oleh kerajaan Malaysia demi mengekang pendamik Covid-19. Tujuan program ini adalah untuk Merealisasikan impian dan harapan negara untuk melestarikan dunia digital kepada penduduk setempat agar dapat seiring dengan teknologi terkini. Program ini berlangsung dari 12 May 2021 sehingga 10 June 2021.

      Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah, pertandingan online Quizizz mingguan, mewarna kanak – kanak dan online, silang kata online, jigsaw puzzle, Tiktok iklan produk Komersial, Pertandingan video pdpr, pertandingan memasak online, Foto kreatif raya, Ecard raya, Hafazan terbuka, Hafazan kanak – kanak. selain itu, terdapat juga kelas pembelajaran Microsoft office  dan sesi live KDB bersama warganet.

      Alhamdulillah program yang dijalankan berlangsung seperti yang dirancangkan. Program ini juga mendapat sambutan tontonan secara langsung sebanyak 1,610 penyertaan atas talian. Program yang dijalankan turut mendapat sambungan dan maklum balas positif dari pihak warganet dan akan diteruskan pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik.